Thursday, March 12, 2009

RISALAH JUMAAT PEMUDA PAS T TAS

RISALAH JUMAAT SIRI 01/2009
{KEMPEN“JOM SERTAI PAS” DAN SAYONARA BN-PRU13}
CELOTEH EDITOR (ibnu Hosman)
“TREND TERKINI” dan “PIRATE OF PEKANIAN”
Rentetan Peristiwa Rampasan Kuasa secara haram oleh Barisan Nasional sekaligus menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak angkara lanun durjana membalas dendam akibat kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu,maka tercetuslah dimensi baru dalam sejarah politik dunia,belum pernah wujud sebuah negeri pun ditadbir oleh dua Menteri Besar dalam satu masa,satu pilihan rakyat secara sah dan satu diangkat oleh“Hang Pekan” yang kemungkinan lari ke Perak akibat diburu lanun Mongolia. Maka siang dan malam,pagi dan petang,media arus perdana memainkan isu ini hingga tertutuplah isu A Kugan mati dalam tahanan polis,tertutuplah isu kenaikan harga barang,tertutuplah isu mencari pengembala yang mengembala “Kambing Hitam” yang menjadi korban roh Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan oleh Koperal Sirul Azhar Umar semasa membela diri akibat dituduh membunuh Broker Mongolia itu.
Rakyat dihidangkan dengan berita kelahiran ramai “Hang Tuah” baru dari segenap pelusuk negara,muncul wira-wira celup berdemonstrasi mempertahankan Kesultanan Melayu menentang Hang-Hang Jebat yang menegakkan keadilan dan undang-undang yang termaktub. Rakyat menjadi muak hinggakan sekiranya TV itu cuma berharga 30sen sahaja,pasti sudah setiap hari ada antara kita yang menendang dan menghempas TV dengan alasan “murah je” dan “nanti boleh beli lain”.
Namun begitu,apa yang berlaku sekarang ini,telah mencetuskan suatu “TREND BARU” dalam dimensi politik Malaysia. Ramai berbondong-bondong meninggalkan Barisan Nasional,hinggakan kalau dulu mudah kelihatan disana-sini tak kira tua atau muda berbangga memakai baju berlambang dacing dan Barisan Nasional,kini baju-baju tersebut hanya menjadi kain-kain buruk mengelap lantai atau kain-kain buruk mengelap najis ayam dihalaman. Muda-mudi dan warga tua tak kira lelaki dan perempuan berbangga berjalan memakai baju berlambangkan bulan purnama,bulan sabit mahupun roket. Tidak kelihatan lagi pelekat-pelekat kereta “UMNO DULU,KINI dan SELAMANYA”,yang ada adalah potret-potret TUAN GURU yang tak kurang “hensem”nya.
Trend ini menjadi ikutan,rasa malu mengaku diri UMNO semakin menjadi-jadi,malah tak salah kiranya dikatakan UMNO sedang menuju kepupusan. Alternatifnya Pakatan Rakyat menjadi pilihan,PAS mengambil tempat,memenangi hati muda mudi,walaupun tiada habuan wang ringgit dan pangkat kedudukan,PAS mula dicintai,gejala rasuah UMNO menjelang pemilihan Mac ini membuatkan ahli meluat melihat pemimpin-pemimpin mereka yang kononnya pembela rakyat,UMNO tak ubah seperti syarikat pelaburan atau skim cepat kaya yang wajib diharamkan kerana mengamalkan politik gores dan menang.
Inilah UMNO dan Barisan Nasional,budaya “LANUN”nya semakin menjadi-jadi,tak puas hati di Perak berhijrah pula ke Kedah. Rakyat sentiasa memerhati bakal ketua lanun ini yang berasal dari Pekan. Si Lanun ini sudah mula menunjuk taringnya,rakyat bawahan masih berdiam diri,namun disudut hati setiap rakyat Malaysia yang cintakan negara dan tanah tumpah darahnya,”tunggulah,Pilihan Raya 13 nanti,SAYONARA BN”,kami dah berazam akan mengundi PAS dan PAKATAN RAKYAT,kami akan tinggalkan BN dan berhijrah beramai-ramai ke PAS dan PAKATAN RAKYAT,biarpun media,TV dan surat khabar memutar belit fakta dan kebenaran,tapi kami bukan “BODOH,BAHLUL,SAMDUL”,KAMI BUKAN MUDAH DI TIPU,KAMI ADA HARGA DIRI DAN KAMI AKAN BERALIH ANGIN MENJATUHKAN BARISAN NASIONAL DAN SEKALIGUS MENGUBURKAN HANG PEKAN HINGGA DIA LARI SEMULA KE MONGOLIA MENCARI PENGGANTI KEKASIH HATI”...Wahai Hang Pekan dan pengikut-pengikutnya,cukuplah KOMEDI RAJA LAWAK anda,kami rakyat dah muak dan kami akan menyampaikan suatu mesej yang jelas kepada anda semasa PRU13 nanti. Salam “CHOW” untuk anda.....ASSALAMUALAIKUM,khas untukmu SI LANUN HANG PEKAN dan orang suruhan.

SEMASA: “KEWAJARAN JALAN 1,TAMAN TAS MEMPUNYAI BONGGOL????”
Jalan Satu,Taman TAS kini merupakan jalan utama digunakan semua pihak,Jalan Tiga telah pun mempunyai bonggol sekaligus kuranglah pengguna dari kalangan rempit. Pada bulan Januari lepas dua kemalangan dahsyat telah berlaku di Jalan Satu membabitkan sebuah kereta kancil dan motorsikal,malah kemalangan maut juga kerap berlaku terutamanya dipersimpangan utama di Jalan Satu,Taman TAS. Hampir setiap hari kita melihat “perlumbaan” haram di jalan ini,tak kira muda-mudi malah aksi-aksi pelajar sekolah yang cukup membahayakan pengguna lain terutamanya kanak-kanak sekitar perumahan.Pemuda PAS Taman TAS mencadangkan dan mendesak pihak bertanggungjawab membuat sekurang-kurangnya 4 bonggol di Jalan Satu,iaitu ditempat-tempat berikut: 1. Berhampiran persimpangan masuk Tunas Manja,2. Sebelum persimpangan masuk ke Jalan Tiga berhampiran tapak pasar malam,3. Sebelum persimpangan masuk Pandan Permai dan juga 4. Sebelum persimpangan masuk perumahan Pandan Damai 2. Bonggol-bonggol ini walaupun menyusahkan namun kepentingan keselamatan bersama wajarlah diambil berat,lagipun Jalan Satu bukan bertaraf “lebuhraya”. Oleh itu bonggol-bonggol ini mungkin perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di Jalan Satu.

No comments:

Post a Comment