Thursday, April 23, 2009

Alhamdulillah - Moga rumah ini menjadi tempat kami membina Usrah Sakinah,Mawaddah,Warahmah-Ya Allah berkatilah niat kami membeli rumah ini-23 April 09


Alhamdulillah...syukur di atas karunia rezeki dari Allah Rabbul Jalil,Yang Maha Esa,segala sesuatu didunia ini hanyalah pinjaman....hari ini dengan satu tekad dan keyakinan dan harapan untuk memiliki rumah yang sekadar tempat persinggahan sebelum menuju alam kekal abadi,kami telah membeli rumah ini tanpa sebarang unsur riba. Moga rumah ini menjadi tempat kami membina usrah sakinah,mawaddah,warahmah. Moga rumah ini menjadi tempat kami mendidik anak-anak dengan tarbiyyah Islamiyyah dan tempat bagi kami menghidupkan syiar Islam. Moga rumah ini menjadi tempat pertemuan hamba-hamba Allah yang cintakan Islam dan berjuang untuk Islam,kepada Pemuda PAS Taman TAS,jangan lupa berkunjung nanti ke sini,kita buat usrah,kuliah,tazkirah kat sini....kepada mak,ayah,ma,abah,adik-adik semua,terima kasih atas doa kalian.Doakan agar kami bahagia disini dengan cahaya Iman dan Islam,doakan agar rumah ini dan penghuninya dijauhkan dari maksiat dan laknat Allah. Doakan agar rumah ini dan penghuninya mendapat rahmat dan barakah,doakan agar kami hidup dalam ketenangan dan kedamaian.
Insya Allah kami akan berpindah masuk ke rumah ini pada awal Mei 2009. Selamat berkunjung.....moga kehadiran kalian membawa rahmah....



Saturday, April 18, 2009

Ulama' Jangan Hina Professional - Professional Jangan Hina Ulama'

Saya baru kembali dari Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Paya Besar,Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun nampak kekurangan sedikit sebanyak. Al-Fadhil Ustaz Tarmizi Yahaya menang tanpa bertanding. Saf pimpinan tiada muka baru,semuanya muka lama kekal dipilih.

Saya tertarik dengan ucapan perasmian yang telah dibuat oleh seorang Ustaz YDP Kawasan berhampiran Kawasan Paya Besar yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda Kawasan Paya Besar.

Dalam ucapan beliau,beliau menyatakan agar biarlah golongan Ulama sahaja diangkat sebagai pemimpin.

Saya agak terkilan dengan ucapan beliau. Kebetulan saya telah dicalonkan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan. Bukan saya yang meminta jawatan tersebut,tetapi telah dicalonkan tanpa pengetahuan saya sendiri. Saya bukan Ulama',tapi golongan professional,bekerja sebagai Pengarah Urusan beberapa syarikat perniagaan. Saya banyak terlibat dengan golongan koperat dan professional. Namun begitu dengan kehendak Allah dicalonkan juga untuk bertanding.Begitu juga dengan ramai calon-calon lain,bukannya semua bertaraf ustaz,tapi dari pelbagai latar belakang,dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,bukan mencalonkan diri sendiri seolah-olah gila kuasa.

Saya memerhatikan bahawa seolah-olah timbul satu fahaman bahawa golongan professional ini jahil agama dan tidak boleh memimpin. Mengapa ulama' perlu menghina golongan professional?...apakah golongan professional ini "gilakan kuasa",apakah golongan professional ini "tamak harta"...."gila pangkat"....

Sepatutnya tidak boleh sama sekali seorang perasmi mesyuarat agung melobi agar dipilih ulama' sahaja....menghentam golongan professional secara terbuka sedangkan turut ada dalam senarai pencalonan ialah golongan professional yang dicalonkan tanpa pengetahuan mereka,dicalonkan oleh ahli-ahli lain yang melihat karisma mereka.

Ulama' jangan sesekali mengecilkan skop makna ulama'....ulama' bukan sahaja bermakna golongan yang pandai agama sahaja.....ulama' bermaksud "orang yang berilmu"....ilmu yang membawa kepada hampirnya diri kepada Allah...skop maksud ulama itu teramat luas...seorang saintis,seorang arkitek,seorang jurutera,seorang ahli perniagaan,seorang guru,seorang pensyarah,seorang pakar ekonomi juga adalah ulama selagi mereka beriman kepada Allah dan mereka menggunakan ilmunya untuk Islam.

Dalam PAS sendiri kita boleh melihat contoh Naib Presiden,Husam Musa. S/U Agung PAS Dato' Kamarudin Jaa'far dan ramai lagi termasuk YB Salahudin Ayub,Mahfuz Umar,Muhammad Sabu,mereka ini semuanya adalah golongan professional yang beriman kepada Allah dan mereka alim dalam bidang mereka. Mereka gunakan ilmu mereka untuk tujuan Islam....bukan kepentingan diri.

Mengapa boleh berlaku dalam suasana pemilihan akan diadakan,seorang perasmi bertaraf Ustaz berkempen agar memilih Ulama' sahaja dan pada masa yang sama menghina dan memperlekeh golongan professional. Kelihatan seolah-olah golongan Ulama' ketakutan kehilangan kuasa....

Ulama' sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana golongan professional turut bersama mereka membantu perjuangan Islam. PAS sendiri sepatutnya merasa gembira kerana dibantu dan dipimpin oleh gabungan Ulama' dan Professional. Bayangkan kiranya hanya Ulama' sahaja yang memimpin tetapi tidak disokong oleh golongan professional.

Pemimpin-pemimpin PAS terdiri dari gabungan Ulama' dan Profesional,bukan hanya Ulama' dan bukan hanya professional.

Pemimpin-pemimpin PAS hendaklah lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka selepas ini demi kesinambungan perjuangan Islam,bukan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hendak membawa PAS kembali kebelakang. Ingatlah bahawa DS Nizar,Al Marhum Prof Dzulkifli Muhammad,Dr.Hasan Ali dan ramai lagi adalah antara pendukung PAS dari golongan professional yang telah dan sedang berjuang dalam PAS dengan penuh keikhlasan.

Oleh sebab yang demikian,Ulama Janganlah Menghina Professional dan Professional Janganlah Menghina Ulama',tetapi bergabunglah demi kepentingan Islam.

Thursday, April 2, 2009

Ragam anak-anak - Ya Allah...ku amat sayangkan anak2ku...







Hari ini aku bawa anak-anak ku....Aqilah,Akram dan Azizah bermain basikal di rumah mertua ku. Si kecil Alya yang masih baby tinggal dirumah bersama umminya....aku bawa mereka bermain untuk mereka berasa gembira dan dapat beriadhah. Macam-macam kerenah mereka. Anak-anak yang sedang membesar ini sering ku risaukan memikirkan cabaran hidup yang bakal mereka tempuhi dalam proses pembesaran. Bayangkanlah bagaimana susahnya hendak membentuk insan bertakwa. Di luar sana cabaran amat besar. Maksiat berleluasa. Tersalah asuhan....mereka akan hanyut...aku sentiasa berdoa agar Allah memelihara mereka dan sering memberikan hidayah kepada mereka. Janganlah sekalipun mereka terlepas dari hidayah dan petunjuk Allah. Tanpa rahmat petunjuk Allah sudah pasti binasa hidup ini biarpun sebaik mana asuhan yang kita beri. Aku sering berdoa agar Allah menghukum kerajaan yang zalim ini. Kerajaan yang langsung tidak mengambil peduli akan pembinaan akhlak remaja. Kerajaan yang leka dengan hiburan. Bayangkanlah bila kita punyai anak dan disekelilingnya dipenuhi maksiat,hiburan tanpa batasan dan kerajaan yang tidak langsung mengutamakan soal pembinaan iman. Ya Allah,aku sayangkan anak-anak aku....KAU pimpinlah mereka ke jalan yang lurus disisi Mu...tunjukilah mereka dengan hidayahMu.....jadikan mereka manusia yang berguna,yang beriman dan yang terpilih di dunia dan diakhirat sana nanti. Amin