Thursday, March 12, 2009

RISALAH JUMAAT PEMUDA PAS T TAS SIRI 2

HUKUM BERPOLITIK DAN TUGAS SEBAGAI KHALIFAH
Saudara,
Islam adalah Ad-Din,Islam bukan agama ciptaan manusia,tetapi satu-satunya agama disisi ALLAH seperti mana firman ALLAH yang bermaksud “Sesungguhnya AD-DIN disisi ALLAH ialah ISLAM”.Islam adalah agama yang sempurna atau “syumul”. ALLAH berfirman yang bermaksud : “wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam ISLAM seluruhnya,dan janganlah kamu mengikut hasutan syaitan,kerana sesungguhnya (syaitan) adalah musuh kamu yang nyata”.
Saudara,
Rasulullah SAW telah mengajar kita segala aspek kehidupan berlandaskan wahyu ALLAH swt. Tiada satu pun ruang lingkup kehidupan kita yang tidak lari dari hukum 5 (wajib,sunat,harus,makruh dan haram). Contohnya terlalu mudah,wajib untuk kita mengerjakan solat fardhu yang lima,sunat bagi kita berpuasa Isnin dan Khamis,harus bagi kita membaca akhbar Sinar atau Utusan,makruh bagi kita memakan petai dan haram bagi kita minum arak. Begitu jugalah dalam semua aspek kehidupan yang lain,tiada yang dapat lari dari hukum 5. Maka begitu juga dengan politik.
Saudara,
Barang siapa yang mengatakan POLITIK tiada kena mengena dengan Islam maka mereka telah menerima fahaman sekularisma iaitu fahaman yang memisahkan politik dari agama serta urusan dunia tiada kena mengena dengan Islam. Fahaman sekularisma dipelopori oleh yahudi dan kristian yang bermula dari memisahkan urusan politik dari gereja mereka sendiri. Fahaman itu menular ke Turki dan dipelopori oleh Mustafa Kamal Attartuk yang memisahkan agama dari kehidupan,melarang azan dimasjid,melarang pemakaian tudung,melarang bacaan Al-Quran,melarang kuliah-kuliah agama hinggalah tumbang Khilafah Islam Uthmaniah.
Saudara,
POLITIK ialah urusan pentadbiran negara dan kuasa.Kiranya urusan ini diserahkan kepada si kaki judi maka rakyatnya pun akan berjudi,kiranya si kaki perempuan maka rakyatnya pun tanpa segan berzina,kiranya yang memerintah itu kaki rasuah maka rakyat juga merasuah,kiranya si pembunuh yang memerintah maka jenayah berleluasalah disana-sini. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan soal pemerintahan. Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan(kuasa),kiranya tidak mampu maka dengan lisan(perkataan),kiranya tidak mampu maka dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman.” Hadis ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kuasa. Dengan kuasa kita dapat mencegah kemungkaran dan maksiat,maka kita perlu mendapatkan kuasa tersebut agar dengannya terbentuklah suatu negara yang dirahmati Allah,yang melakukan kebaikan dan mencegah maksiat.
Saudara,
Sebagai muslim kita perlu memilih pemimpin yang baik,yang jelas ketakwaannya,pemimpin yang dapat membawa kita menuju keredhaan Allah. Kita mestilah menentang si pemimpin yang membenarkan arak,judi,pesta seks,kita mesti menolak pemimpin kaki rasuah,pemimpin yang sibuk dengan urusan hiburan dan lupa kepada mencari keredhaan Allah.
Oleh yang sedemikian,kita mestilah berPOLITIK,kerana hanya melalui POLITIK kita dapat menentukan siapa yang bakal memimpin kita,kiranya kita hanya sibuk dengan urusan menjaga perut dan melupakan hal politik,maka lahirlah si zalim,si kaki judi,si kaki betina,si pengampu,si mata duit dan bermacam-macam si lagi yang tidak ingatkan ALLAH tetapi hanya gila kuasa mahukan duit dan harta untuk mengkayakan keluarga dan kroni-kroni,rakyat hanya diberi subsidi dan wang ehsan menjelang pilihanraya. Ditipu sebegitu mudah kerana rakyat tak peduli siapa yang memerintah,yang penting ‘ENJOY”,KENYANG...
Inilah akibatnya apabila kita menolak POLITIK. Berpendapat kononnya politik hanya di kedai-kedai kopi,hanya menjelang pilihanraya,soal pemerintah tidak boleh disebut disurau,masjid. Masjid hanya tempat solat,baca Yasin. Inilah akibatnya bila Imam-Imam berfahaman sekular. Kiranya fahaman ini terus menular maka AWAS!!!,gejala keruntuhan moral akan terus kronik,zina akan terus berleluasa,rakyat akan terus ditindas,rahmat ALLAH akan semakin jauh dan bala malapetaka menanti kita. Ingatlah sejarah umat-umat terdahulu dibinasakan ALLAH kerana berdiam diri dan mementingkan urusan menjaga perut masing-masing sedangkan pemerintah zalim dan menindas.
Atas sebab-sebab inilah Islam mewajibkan kita bersama Jemaah,jemaah yang meletakkan ALLAH dan RasulNya sebagai matlamat,jemaah yang memperjuangkan Islam,jemaah yang ingin mendapatkan kuasa bagi membentuk sebuah masyarakat Islam,kuasa perlu diberikan kepada pemimpin-pemimpin Jemaah ini....dan untuk memberikan kuasa kepada mereka hanya melalui KUASA POLITIK....maka POLITIK adalah WAJIB dan setiap individu muslim bertanggungjawab atas kepimpinan mereka. Jelas sekali hadis Rasulullah yang bermaksud:,”Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab keatas kepimpinan kamu”......
MASJID DAN POLITIK
Semoga Imam-imam dimasjid-masjid dan disurau-surau dapat menjelaskan kepada kita dengan lebih mendalam akan maksud hadis ini. Moga selepas ini tidak lagi timbul cerita haram berpolitik di masjid sedangkan Rasulullah mentadbir sebuah empayar Islam yang berpusat di Madinah berpejabatkan sebuah masjid iaitu masjid yang kita sayangi... MASJID NABAWI......Kepada para Imam dan ustaz-ustaz yang memisahkan politik dari Islam,yang memisahkan soal pentadbiran negara dari Islam,yang mengajar disurau-surau atau masjid-masjid dengan memberi amaran kepada kami agar tidak menyatakan yang hak dan menentang yang mungkar,dengan ikhlasnya saya menyeru....TAKUTLAH KEPADA ALLAH....bukan takut ditarik elaun yang tak seberapa itu hingga lupa REZEKI itu datangnya dari ALLAH. Kiranya hujjah yang saya sertakan ini adalah salah dan bercanggah dengan Islam,maka datangkanlah dalil-dalil anda sendiri berpandukan Al-Qur’an dan Sunnah dan saya sedia mewakili PEMUDA PAS Taman TAS bermuzakarah dengan anda. Bukan atas tujuan egoistik tetapi semata-mata mempertahankan dalil Qur’an dan Sunnah serta Ijma’ Ulama’ dan Qias. Saya boleh dihubungi melalui email : raudhah_gmg@yahoo.com.
Kami juga mendesak agar para Imam yang berkhutbah di masjid-masjid pada minggu lepas yang membaca teks khutbah terbitan Jabatan Mufti Pahang,menyemak kembali isi khutbah terutamanya dalam penafsiran ayat-ayat yang dipetik dari Surah Al-Maaidah mengenai pengertian ayat yang jelas salah dalam membezakan makna perkataan “Kaafirun” dan hukum tidak melaksanakan “undang-undang Islam”. Isi khutbah jelas sekali seolah-olah memandang ringan hukum tidak menjalankan “hukum ALLAH” dan tidak berpegang kepada pendapat jumhur Ulama’. Isi khutbah juga menegaskan bahawa ayat Al-Qur’an tersebut tidak ada kena-mengena dengan orang Islam sedangkan Al-Qur’an diturunkan untuk menjadi panduan umat Islam. Isi khutbah pada 20 Februari 2009 itu seolah-olah sengaja diterbitkan agar menyokong undang-undang Islam tidak diguna pakai dan pemerintah yang mempunyai kuasa hanya “kufur nikmat” kiranya tidak menjalankan pemerintahan Islam. Jelas sekali penafsiran ini memandang ringan akan bahaya “kufur nikmat” dan seolah-olah “kufur nikmat” tidak berdosa disisi Allah. Kami sangat berharap agar para Imam lebih berhati-hati selepas ini dalam membaca teks khutbah sekaligus pada Jumaat akan datang dapat membetulkan kembali teks terdahulu. Ingatlah peringatan Rasulullah SAW,: “Orang (berilmu) yang berdiam diri atas kebenaran adalah SYAITAN yang BISU”.
Saudara,
Marilah kita merenung kembali tujuan kita diciptakan oleh ALLAH swt. Firman ALLAH bermaksud “dan tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku”. Ingatlah segala aspek hidup kita adalah ibadah jika kita lakukannya untuk ALLAH,makan minum,tidur,kerja,amal Jama’i dan penglibatan kita dalam politik juga adalah ibadah jika segala-galanya dibuat kerana ALLAH,menegakkan hukum ALLAH.Kita diciptakan oleh ALLAH sebagai KHALIFAH dimuka bumi,para ulama’ menafsirkan KHALIFAH sebagai : “IQAMATUD DIN wa SIYASATUD DUNYA BIH” bermaksud “MENDIRIKAN AGAMA(ISLAM) DAN MENTADBIR(MEMERINTAH) DUNIA DENGANNYA”....maka jelaslah menjadi WAJIB bagi kita mencari ILMU ISLAM dan berusaha siang dan malam untuk melihat ISLAM memerintah dunia. Ingatlah kerja ini tidak dapat dilakukan seorang diri,mesti dilakukan secara berkumpulan dan secara berterusan bukan sekadar bekerja menjelang pilihanraya.
Oleh : Ibnu Hosman

No comments:

Post a Comment