Thursday, March 12, 2009

UMNO dan PPSMI

Kuala Lumpur 7 Mac 2009 : Himpunan Aman Membantah Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh GMP atau Gabungan Mansuhkan PPSMI telah mendapat sambutan hebat dari semua golongan pencinta bahasa kecuali UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun media massa kerajaan melapurkan hanya sekitar 5000 yang hadir tetapi hakikat sebenarnya lebih dari 50 ribu malah kiranya ketiga-tiga kumpulan dari Masjid Negara,Masjid Jamek dan Sogo dihitung sekali mungkin jumlah yang hadir tidak kurang 100 ribu. Bayangkanlah lautan manusia pencinta bahasa berhimpun bermula dari Istana Negara hinggalah Masjid Negara kira-kira sepanjang 5 kilometer sesak sepanjang jalan. Kami berhimpun bukan untuk menyerang YDP Agung atau mencetuskan kekecohan memalukan negara,tetapi perhimpunan aman menuntut dari kerajaan Malaysia agar dimansuhkan pengajian Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Apalah salah kami berhimpun begini,tetapi kerana UMNO dan Barisan Nasional sememangnya bencikan rakyat dan sememangnya tidak kisah anak-anak kita terus ketinggalan akibat mengagungkan Bahasa Inggeris lebih dari Bahasa Melayu,maka kami dihidangkan dengan puluhan gas pemedih mata hinggakan dalam kawasan masjid pun yang menjadi tempat perlindungan ribuan manusia muslim termasuk kanak-kanak kecil,warga emas dan wanita ditembak dengan gas pemedih mata. Mungkin pemimpin-pemimpin UMNO tidak kisah Bahasa Melayu tidak diguna pakai dalam pengajaran Sains dan Matematik,tetapi wahai ahli-ahli UMNO anda berfikirlah secara rasional. Semak kembali tahap penerimaan anak-anak anda dalam matapelajaran Sains dan Matematik,apakah kita boleh berbangga dengan pencapaian mereka? Atau istilah “Living Things” pun masih belum mereka faham?. Tetapi cuba pula kita tanya apakah “benda hidup”?,pasti anak-anak kita faham dan dapat menjawab soalan kita. Mengapa perlu didewakan Bahasa Inggeris sedangkan rakyat Jepun semakin maju membangun dengan bahasa ibunda mereka sendiri. Begitu juga di Iran,Thailand dan negara-negara lain. Bukan ini caranya bagi anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris,tetapi cukuplah sekadar dipertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri bukan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar matapelajaran lain.

Wahai ahli-ahli UMNO !

Kami dari PAS berjuang bersama-sama NGO-NGO lain termasuk tokoh Sasterawan Negara bukan untuk kepentingan politik kami sendiri,tetapi termasuklah demi kepentingan anak-anak anda….tetapi tahukah anda bahawa atas arahan pemimpin UMNOanda,kami disakiti dengan puluhan GAS PEMEDIH MATA dan meriam air….betapa peritnya wajah-wajah kami,sesak nafas kami...tetapi kami teruskan jua perjuangan demi memartabatkan Bahasa Melayu demi kepentingan anak bangsa kami. Percayalah...tiada seorang pun pemimpin UMNO yang turut serta menyokong Pemansuhan PPSMI….tetapi kami tahu...anda sayangkan Bahasa Melayu,anda juga mahu Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu. Oleh itu ucapkanlah SELAMAT TINGGAL kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL. Biarlah pemimpin-pemimpin UMNO diulik mimpi-mimpi indah yang kononnya ahli UMNO menyokong PPSMI. Pada pilihanraya akan datang,anda kenanglah sejarah di Masjid Negara ini, ingatlah bahawa pemimpin-pemimpin anda secara jelas telah memusuhi bahasa anda sendiri dan telah memusuhi puluhan ribu pencinta bahasa dengan cara yang zalim dan kejam tanpa mengira tua,muda dan jantina. Semoga ahli-ahli UMNO segera sedar dan segera menanamkan keazaman untuk mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO dan Barisan Nasional serta segera bertindak mencari borang-borang keahlian PAS dan sekaligus mengisytiharkan diri keluar dari UMNO dan BN.