Monday, March 23, 2009

BN BACUL

Nampaknya ternyata kerajaan BN semakin "kecut dan takut" dengan suara rakyat yang bakal menenggelamkan keegoaan mereka dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan 7 April nanti. Terkini, pihak polis terutamanya FRU dipercayai telah mengganas dan menyerang orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dekat Padang Awam Cinta Sayang dekat sini malam tadi. Polis dipercayai telah melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang orang ramai hadir dan mendengar amanat Anwar itu. Selain gas pemedih mata, pihak polis juga dipercayai telah menggunakan meriam air "water canon" bagi tujuan tersebut. Ini menyebabkan orang ramai bertempiaran lari dalam keadaan ketakutan dan kecoh sekali. Kejadian itu berlaku selepas kira-kira lima mini Anwar memperkenalkan calon PKR bagi Kerusi DUN Bukit Selambau dalam pilihanraya kecil kawasan itu nanti. Lebih memilukan ialah pihak polis mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam sehingga 11.30 malam untuk menyerang orang ramai yang tidak berdosa itu. Kami juga difahamkan seramai lebih kurang 50 orang telah ditangkap oleh pihak polis termasuk pemimpin tertinggi PKR negeri, para peniaga gerai dan penduduk setempat. Manakala itu antara mereka yang ditahan termasuklah Senator Zamri Yusof, Setiausaha Negeri Hafiz Ali dan Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob. Selain kehadiran pihak FRU untuk menyerang orang ramai, pihak polis juga dipercayai telah mengadakan beberapa sekatan jalanraya untuk menghalang orang ramai hadir ke ceramah Anwar malam tadi. Difahamkan lebih 10 ribu rakyat setempat dan luar telah hadir beramai-ramai untuk mendengar ceramah Anwar malam tadi.

No comments:

Post a Comment